cerita aku This is me: AL FATIHAH ABAH...

Jul 15, 2016

AL FATIHAH ABAH...

Image result for al fatihah abah

Dulu, bila masuk bulan ramadhan. Ada cerita yang bila nak masuk syawal, ibu atau bapa meninggal.. itu yang di panggil drama..

Tapi tahun ni, aku sendiri yang mengalami, bila mana orang yang paling rapat dengan aku, paling aku sayang telah pergi meninggalkan aku. Aku tak pernah sangka lagi dua hari nak raya abah pergi meninggalkan aku.. abah tak sempat pakai baju raya yang aku beli di bandung.. Belum sempat aku balas semua jasa abah tapi abah telah pergi meninggalkan aku.

Jumaat - 26 Ramadhan
malam sabtu abah panggil.. abah cakap abah teringat semua diwaktu abah masih sihat, abah cakap abah teringat yang masa abah sihat abah hantar aku pergi sekolah. lepas je abah cakap bendaa tu, abah mengadu yang abah sakit. aku tanya abah sakit apa? abah cakap sakit sangat . lepastu aku nak pergi panggil ma. tapi abah cakap takpayah. sebab abah dah taknak susahkan ma. aku pergi panggil jugak. pukul 2 pagi kami pergi ke hospital perdana, terus pergi dekat emergency. dokter tnya abah sakit apa. abah cuma dapat cakap sakit..sakit...

Sabtu - 27 Ramadhan
 seharian abah berlawan dengan sakit. sikit pun abah taknak makan. air pun kena paksa minum. seharian aku tak tinggal abah. sebab abah dah tak berdaya nak bangun. aku urut abah, gosok abah.. sebab abah tkthu sakit apa.. petang tu aku keluar kejap, hanya tinggal ma dan adik kat rumah. ma bagitau abah jatuh katil.. tapi aku tak sempat balik, ma dan adik angkat abah untuk naik sebab abah dan takde kekuatan. hari tu juga aku paksa abah makan, sebab taknak abah hippo, semua makanan dan minuman fav abah aku tawarkan, tapi abah taknak. abah cuma cakap sakit sakit.. dan aku tak sentuh sikit pun nasi bila masuk waktu berbuka.. sebab tengok abah tak makan, jadi aku pun tak lalu nak makan. sepatutnya 10malam terakhir memang aku nak pergi full terawih, tapi bila spupu datang ajak terawih aku cakap, tkpo abah sakit. 

Ahad -. 28 Ramadhan
Seharian aku tak tidur. aku hanya duduk di sebelah abah.. bila abah sakit, aku gosok abah, aku urut abah aku baca al fatihah.. pagi tu ma call ambulan.. lepas subuh aku rasa mengantuk sangat, aku terlelap disebelah abah. selepas dikejut banyak kali aku bangun mandi, untuk bersiap nak ke hospital.. ma dan abe ada diluar tunggu ambulan. abah ada dalam dakapan kakak aku. dalam pukul 11.45 aku pergi dekat abah. aku tengok abah dan memandang.. waktu tu aku dah tak kuat. aku keluar panggil ma.. ma datang dengan tangisan ma cakap abah dah takde. aku kuatkan hati, aku kejut abah untuk bangun.. tapi abah dah takde.. abah pergi dalam dakapan kakak...

Rabu -  1 Syawal
Sebelum solat raya, aku pergi ke kubur. aku cemburu melihat orang lain pagi raya, beraya dengan ayah. memohon ampun. tetapi aku, pagi raya aku ke kubur untuk pertama kalinya.. ketika aku membaca yassin, takbir raya bergema. Hanya Allah yang tahu, betapa sebak hati aku. di waktu itu, aku tahu, aku kena kuatkan semangat untuk terima kenyataan yang abah dah takde.. Syawal yang suram untuk kami sekeluarga.. Syawal yang suram tanpa abah...

Banyak kenangan yang abah tinggalkan.. Aku sangat rindukan abah.. walaupun umur aku dah nak masuk 20tahun, tiap malam aku tidur dengan abah.. Aku tak pernah malu dengan abah, walaupun bila pergi ke mana mana , aku kena peluk abah dari belakang sbb tkut abah jatuh.. Aku rindu abah...

kehilangan abah sangat terasa.. sebab setiap pagi abah yang kejut aku untuk sahur.. bila nak berbuka kena pergi amik abah dalam bilik, untuk ke ruang tamu.. aku rindu gelak tawa abah, rajuk abah.. sungguh aku rindu.. aku macam tak sangka yang abah dah takde... abah lah yang ekcited bila aku nak masuk belajar, setiap persiapan abah akan beli yang baru. kasut abah suruh beli yang mahal sebab taknak aku sakit.. wang belanja abah akan bagi lebih taknak aku lapar.. walaupun duit aku sudah mencukupi.. 

Abah...
andai kata aku pernah meluakaimu, Maafkan lah aku.. 
Aku tak pernah letih untuk menjagamu..
Aku tak pernah letih untuk terus mendoakanmu...
Aku akan sentiasa ingat pesanmu...

Abah...
Moga abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
Moga abah tergolong dengan ahli2 syurga...
Moga Allah menyayangi abah sebagaimana abah menyayangiku..
Moga Allah menjaga abah sebagaimana abah menjaga ku..

Abah...
Aku tahu, abah tak suka bila aku terus menangis..
Maafkan aku abah, aku menangis kerana rindukamu..
belum puas aku menjagamu..
belum puas aku memelukmu...
belum puas aku menciummu...
belum puas aku membahagiakanmu...

Abah...
Kini, hanya doa dan bacaan Al-quran dapat aku kirimkan kepadamu..
Abah, akan ku penuhi segala impianmu...
Abah, akan ku jaga ma dengan baik...
Abah, akan aku balas jasa abah dan ma... itu janji aku..
Abah, aku takkan melupakanmu..

Abah..
Aku fikir aku lah insan yang paling menyayangimu..
Tetapi, Allah lebih menyayangimu...
     
AL-FATIHAH ABAH.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen